Wednesday, September 30, 2009

Sentap

aku baru tulis tittle dah terpost. shalanat betul.
tak sempat karang entry. baru pikir tajuk. T__T

Monday, September 28, 2009

Munasabah ke Muhasabah

percubaan nak tidur sejam yang lalu tak berjaya.
terpaksa lah update blog yang lemau nih.
oh title post memang tiada kaitan. sila jangan keciwa.
tak update bukan sebab busy tapi malas nak menaip. kalau boleh record, dah lama aku amalkan. tak perlu lah menaip.
yelah,kena guna BM baku. susah kot. ejaan dah la fail tahap cipan. penat reedit. (macam lah cikgu BM aku nak check ejaan!!!)

anyway, kerja ketika musim perayaan amat syurga (heaven). sumpah seronok.
tak menyesal cuti 2 hari je. before raya pulak tu.
hari rabu-jumaat pergi kerja macam orang menang judi. enjoy nak mampus.
jalan clear beb! keluar rumah 7.15. dalam keadaan emosi tenang pulak tu.
apa kes kalau 7.30 dah sampai tempat kerja? dah la bawak gila sempoi. nak tak nak je tekan minyak.
lepastu boleh pulak patah balik pergi mcd. siap tak nak drive thru lah. sebab nak menggunakan masa yang banyak itu.
dah siap beli and duduk-duduk sambil hirup kopi pekat lagi panas, sempat lagi sampai ke tempat kerja sebelum pukol 8.
aduh. gila engkau.
tolong la raya setiap minggu. baru bersemangat nak kerja. ^_^

oh sabtu lepas ada buat open house. mini je. sebab parents nak invite saudara sepapat. and kawan-kawan berkaitan.
plan last minit.
ye lah. aku sepatutnya beraya secara konvoi ke utara (perak pineng dan kedah).
tapi harap kecewa je lah ye kalau dah tahu time raya baru nak pergi cari tiket train budget semuaorang naik bas or kereta lah kan.
dah la berplan hebat tanpa menginform kedua orang tua. budget kalau dapat tiket tu, lagi 2 jam nak bertolak baru nak mintak izin ibubapa. haha padan muka lah kan.
maka terinvolve la dengan plan mini open house secara mengejut.

dah katanya mengejut, invitation kepada kawan-kawan yang kononya terdekat pun dihantar secara mengejut.
antara mesej balasan yang masuk ke inbox:

"sori semalam aku tdo pas mghrb smpi pkol 10..sori eh.."
>kebetulan lah pulak kan. open house aku start lepas maghrib until 10. menyesal tak mesej kau pukul 8 tu

"hye. sori dear..aku xdpt g la nmpknye.kene tlg mak aku kemas2 n msk..sok nk ajak sdare..thnx bnyk2 ajak aku.nt aku dtg rye eh.ko msk la lg.haha..hv fun!"
>mesej yang direply 15minit sebelum pukol 8. so mungkin emaknya juga membuat keputusan last minit untuk membuat open house secara mini gamaknya.

"mcm xsempat.aku kat muar lg.."
>dia ada wedding kawan sekolah di muar. dia jawab macam tu sebab dia janji nak cuba datang. ok tak mengapa muar memang jauh

"hoo..ak d hal sket skrg nie..pape ak roger ko blk ok..haha"
>sumpah dia tak roger balik pun. nak kata takda kredit, pukol 10 tu boleh pulak dia mesej ajak bergosip. ok tak mengapa mungkin hal dia berkaitan dengan situasi yang tak mampu menaip mesej.

"oh.ak de knduri mlm ni..sowi tau"
>ramai sungguh berkenduri di malam hari ini

"nak dtg!tp,pk blk,ssh nk mtk tlg org jmput kt lrt n nk blk nnt..menyusahkn org kang..so,aku xpegi la..sori eh"
>ni yang pertama tahu mengenai open house dan yang paling semangat nak pergi. dan aku sudah lali dengan alasan last minit yang beliau berikan. so harap maklum

ada mesej yang dah selamat di delete sebelum sempat di paparkan. selamat lah kau.
oh ada jugak yang membuat alasan tersebut bila di tanya secara lisan

"la..you ke? ingatkan siapa la hantar mesej tu..i pakai hp lain la..nombor tak naik..mungkin tak save dalam simkard lah kot."
tetapi besoknya boleh pulak lah dia mesej aku bertanya khabar. ok ini memang konfiusing.

hahaha. sumpah seronok. serius menyesal gila kot aku tak jemput ramai-ramai lagi.
yelah. bila lagi nak baca alasan-alasan yang macam ni.
oh tak dilupakan, pada kawan-kawan yang datang, thanks lah. maaf lah jemputan secara tiba-tiba.


Nak try ajak last minit untuk kahwin nanti lah.
Mungkin ada respon yang lebih menarik untuk dikongsi bersama kan.


Tuesday, September 22, 2009

Bila kau nak kahwin

memang soalan typical diajukan pada anak-anak gadis.
terutamanya time berkumpul ramai-ramai di hari raya.
memang terbukti lah niat busuk nak burukkan anak-anak gadis yang belom kahwin ni.
antara jawapan typical aku bagi:

"nanti lah. kena ke?"
@
"bini kau dah mengandung anak ke-3 aku kahwin la"
@
"lagi dua tiga tahun ikut tahun lompat"

busan ok. tolong lah tanya soalan lain. tak metaformik betol.
kalini aku bagi jawapan berbeza untuk mengelakkan rasa bosan mereka yang bertanya

"bila nak kahwin weh? "
"owh. minggu lepas. jemput datang ya."

so diam boleh tak. karang aku kahwin aku jemput lah.

anyway berikut adalah update sepanjang hari raya tahun ni:

1) naik kereta 3-4. plan 3.5 satu kereta tidak berjaya diapply.

2) MASIH MENDAPAT DUET RAYA. walaupun dah bergaji sebenarnya tetapi tidak diketahui umum. tektik "terlupa withdraw duet" nampaknya amat berkesan buat masa ini ^_^

3) hampir-hampir bersalaman dengan amil zakat fitrah dek gurauan ibu yang melampau.
T___T
"anak, kau dah kerja. zakat bayar sendiri ok. ayah tak bayarkan untuk kau dah"

4) tidur secara berjamaah. bila lagi kau anak beranak 7 orang boleh tidur satu bilik if bukan time raya.

5) tidak bergaduh secara serius dengan mama ku. ini pencapaian terbaik! ^_^

6) berjaya menunaikan solat sunat hari raya.
pengakuan iklas, ini adalah pengalaman pertama. -_-"
jangan pandang hina ok.
aku perempuan. so aku
boleh bagi 9 alasan munasabah selain alasan uzur di pagi raya.haha.
oh by the way, ini merupakan azam aku untuk tahun ni.

maka, solat sunat hari raya, check!





Thursday, September 17, 2009

Serangan balas Edisi 2

sebelum aku pulang beraya, jom sambung bergaduh dengan roommate. nanti hari raya jangan lupa bagi SMS mintak ampun ok.

11. Bila dia sebut je mak kau, kau pura-pura culture shock. kau duduk berteleku depan pintu. kalau boleh sambil pakai telekung. make sure kau betul-betul block pintu tu tak bagi dia keluar. selepas 3 jam, kau bagi tahu roommate kau tu yang mak kau dah lama pergi. kau yakinkan dia yang mak kau nak berhubung dengan kau melalui roommate kau. kau paksa dia telefon balik nombor tu sampai dapat.

12. Besoknya kau gosok gigi macam biasa. tapi kalini kau gosok sekali singki tu. bersihkan semua daki-daki. tapi paling pentingnya make sure yang kau guna tu berus gigi dia.

13. kau ambil risalah tu, gantung kat leher. kalau boleh kau besarkan risalah tu ke saiz banner. lepas tu kau tanya roommate kau, 'pernah jumpa tak budak ni?kau jumpe tak?' ulang-ulang pertanyaan tu 5-6 kali sambil buat muka syahdu.

14.bila kau bangun buka lampu tu, kau buka sekali seluar kau. kau buat gaya-gaya ghairah. kau pergi kat roomate kau, kau ckp, 'lainkali bagi tahu je la. tak payah hint-hint. i pun dah lama tunggu saat ni.'

15. kau sediakan selimut dan bantal yang empuk untuk diorang. bagi diorang betul-betul selesa untuk perhatikan kau. bila diorang dah bosan tu, kau mintak harga tiket sorang 40ringgit. tayangan gold class weh. mesti lah mahal.

16. kau buat cam biasa. siap join puji bilik tu wangi. besoknya sebelum bersiap ke kelas kau angkat tangan kau, kau geser-geserkan ketiak kau kat dinding bilik. cakap kat roommate kau, "best jugak pakai deodarant macam ni". dan make sure kau tak mandi and tak shave ketiak kau 4 bulan.

17. bila dia nak keluarkan gam or minyak rambut tu, kau terus mengiau. siap buat aksi manja kucing. lepastu kau ambil je barang yang dia nak bagi tu. jangan lupa ucap terima kasih tak terhingga dan mintak lagi keesokan harinya. ulang sampai dia bankrup.

18. bila dia usap rambut kau, kau capai tangan dia. kucup jari-jemari dia, lantas berkata, 'sorry. aku tau kau suka kat aku. tapi aku tak suka orang yg takda rambut. and lagi-lagi kalau rambut macam kau ni'. lepastu kau buat muka sumpah jijik.

19. buat macam sesak nafas, pastu pura-pura mati. biar roommate kau dan kawan-kawan dia panik selama setengah jam, lepastu bangun perlahan-lahan,kau pandang roommate kau, sambil buat muka terkejut kau cakap, 'tak sangka kat neraka pun kita still roommate.'

20. kau ratap mayat tu, tabur bunga melur, siap siram air mawar, dan kuatkan ikatan kain kafan tu. selepas tu kau nangis teresak-esak. cukup 5 minit, kau selongkar barang dia cari apa yang kau boleh kebas. dan make sure kau kebas dengan pantas sementara dia cuba keluar dari kain kafan tu. (kan tadi aku dah suruh kau ikat ketat-ketat).

Sementara muncul tips-tips yang baru, teruskan bergaduh dengan roommate kau.
Kalau boleh selang selikan tips dia dan tips kau. baru muhibbah.

Selamat beramal.

Wednesday, September 16, 2009

Bahagi sama rata di hari raya

pulang ke kampung berhari raya dengan berkonvoi 2 kereta adalah perkara biasa.
kalau cukup ahli, kami bersepuluh akan dibahagi tak sama rata. ^_^
yelah siapa yang nak naik dengan mama papa kalau boleh naik denga adik beradik dan menggila tanpa di marah. oh it's so much fun ye.
dan seperti biasa those yang masih kecik lah yang kena naik dengan parents. abang-abang dan kakak-kakak yang cool sahaja diterima masuk ke dalam kereta ke-2. lembaga penapisan amat strict tentang hal ini =p

kalini ahli rombongan cik kiah pulang ke kampung tak cukup sepuloh orang. tinggal kami ber7 je.
so adikku yang bercita-cita menabung sepuluh ringgit sebulan tengah mengira macam mana nak bahagi 2 kereta.

" jap ya adik kira. (ambil kalkulator, tekan-tekan) mama, kita 7 orang kan. so satu kereta 3.5 orang la"

wah bijak amat.
maka kali ini kami akan pulang ke kampung dengan 3.5 orang satu kereta.
T__T

Menabung amalan mulia. Tapi,,,,

"mama, adik nak menabung lah. cikgu kata kalau sehari simpan sepuloh sen, sebulan dah boleh dapat sepuloh ringgit"

ok.terima kasih guru.
adik aku ni dah cukup sengal bab-bab mengira.
kalau di tambah dengan ajaran yang macam ni, confirm tak lulus ujian lompat kelas dia.

1 hari=Rm 0.10
1 bulan= 30 hari
30 hari= Rm 0.10 X 30 = Rm 3.00
mana nak cari lagi 7 ringgit nih????

itu kalau kira sebulan 30 hari.kalau kira hari sekolah pulak,
hari sekolah= 4 minggu X 5 hari
= 20 hari
20 hari= 0.10 X 20
= Rm 2.00

ok tak pasal-pasal lah kena buat calculation kat sini.
kot-kot masih ada yang tak dapat tangkap. boleh la sekelas dengan cikgu tu. eh tak. maksud aku dengan budak-budak tu. ^_^

so hujung bulan nanti aku terpaksa suruh adik aku mintak cikgu dia lagi 7-8 ringgit.
aku rasa itu kot cikgu dia cuba sampaikan.
nak bagi duet raya tu tak payah la berbasi-basi.
kan dah pening budak-budak ni.

Maaf zahir batin.

Tuesday, September 15, 2009

Raya sudah

pantas gila masa berlalu.
rasa baru semalam je merungut kena start puasa. haha jahil gila. bukan la merungut, cuma melahirkan rasa kegusaran puasa tahun ni dalam keadaan bekerja. ceh, macamlah kau kerja angkat batu bata peluh meleleh-leleh celah peha nak merungut penat puasa. =p

disebabkan baju raya aku dah siap tadi, so semangat raya aku dah muncul. nampak sangat lah kan aku jarang enjoy raya. haha.
satu lagi alasan, cuti aku start hari khamis ni. so sangat lah rasa tidak sabar bagai melonjak-lonjak. (padahal sebab nak cuti, bukan exited nak raya.haha)

bila bercakap hal baju raya ni, aku teringat la kisah seorang member ni. tapi takda kaitan dengan raya pun. cuma kaitan dengan baju. pun bukan baju raya. ok apa kau merepek ni lahanat.

alkisahnya, seorang sahabat aku ni berbaju kebaya, yang ala-ala pinggang ramping macam kerengga pakai bedung tu. dia naik teksi nak pergi ke kenduri kawan dia.
dan kebetulan lah dia dapat pemandu teksi yang bawak slow gila macam takda tayar.
nak diparahkan lagi pakcik tu tak tau jalan. eh wujud ke pemandu teksi yang tak tau jalan? pelik gitu.
so kawan aku yang terkenal dengan perangai pelik dia ni pun hot lah. bukan sebab pakcik tu tak pasang ekon ye. tapi sebab dia tu dah lambat,pakcik tu bawak slow, sesat pulak. siapa tak bengang. so kau tau apa kawan aku ni buat?
mula-mula tu dia sound lah.

"pakcik, tekan minyak lebih sikit boleh tak? saya dah la lambat ni"

malangnya pakcik tu dah kecewakan dia. makin lambat dan makin sesat lah kot. sebab kawan aku terus mengeluarkan cadangan yang jarang dijumpai di kalangan orang normal.

"pakcik! bagi saya je lah bawak teksi ni!", dengan nada mendesak.

ok. cadangan dah cukup pelik. yang lagi peliknya, pakcik tu bersetuju!
maka terjadilah pertukaran tugas. kawan aku yang berkebaya ramping ni pun bawak la teksi tu, and pakcik driver tu duduk seat belakang macam bos. haha memang sengal. kereta kanan kiri confirm la pandang dua kali.

padahal kawan aku tu pun bukan tau jalan. cuma dia terlampau sure kalau dia yang bawak lebih cepat sampai la.
lantak kau lah labu. asalkan kau bahagia ^_^

Monday, September 14, 2009

Respond mudah dan murah

jika dulu orang marah, aku marah balik.
bila orang maki, aku double up maki.
andai orang kurang ajar, aku ajarkan.
kalau orang buat salah, aku mengamuk.

bila aku makin matang dan dewasa (ayat tak boleh blah), rasa dah malas nak ber respond sedemikian rupa.
masalah selesai ke kalau kau marah-marah?
kalau kau maki orang pijak kasut kau, masa boleh undur balik ke?kasut still dah kene pijak kan?
kalau adik-adik kau sepahkan barang, kau bebel-bebel macam kambing buta, adik kau bertukar perangai berjanji sumpah akan jadi mulia ke?

semalam aku ke bazar ramadhan, adalah seekor bas sekolah yang mengalami kesukaran nak melalui jalan yang sempit.
bukan lorong pejalan kaki yang bas tu cuba nak lalu, tapi jalan raya yang besar gila tapi disempitkan oleh manusia bijak yang buat double parking.
bila bas super besar tu lalu, confirm lah tergesel. kereta-kereta buruk tepi jalan tu pun confirm lah bercalar.
dah seperti biasa, confirmlah berlaku drama murahan jalanan.

kau bengang tak kalau kau tengok seeorang pakcik yang tidak berakhlak menjerit mencarut-carut kepada pemandu bas tersebut. kalau aku budak 5 tahun pun aku tahu bukan salah bas tu. dia lalu jalan dia. kau apa masalah parking tengah jalan. kalau aku, aku langgar berkali-kali je kereta tu.
dan kau confirm lagi bengang bila dapati pakcik tak berakhlak tu rupanya tuan kereta yang buruk gila sumpah nak mati cat kereta dah tanggal, kotor, berdaki-daki, jenama model 40-an.
kau separa sawan tak kalau kau tahu sebenarnya kereta pakcik tak berakhlak tu sebenarnya tak terlibat pun dengan drama gesel-menggesel antara bas dan kereta awam tersebut.

so apa masalah pakcik tu nak overshadow pelakon tambahan lain?gilak talak!

memang drama murahan.
menyesal aku tonton.

Saturday, September 12, 2009

Serangan balas Edisi 1

So apa kau nak buat bila roommate kau dah buat kau bengang menggunakan Tips buat roommate bengang

Berikut adalah cadangan aku berdasarkan setiap tips yang dilakukan pada kau.
Ini baru di panggil serangan balas.

1. Bila roomate kau tu tidur, kau masukkan 5-6 ekor anak kucing dalam beg balik kampung dia tu. bubuh sekali dengan friskis. nanti next friday nya bila roommate kau nak pack barang lagi, kau jerit kuat-kuat, wah beg kau dah beranak la!

2. Time dia suruh kau blah tu, kau terus bermarhaban. kalau boleh kau sertakan dengan paluan kompang. jemput sekali geng-geng kau. agak-agak dia dah bosan dengar tu, kau cakap kat dia, 'seronok kan sambut kepulangan aku? aku harap hari esok bertambah meriah sambutannya'

3. Masa dia dah masuk tidur tu, kau buat unggun api tengah bilik. kalau boleh jadikan barang-barang dia sebagai asas pembakaran. bila dia bangun dan menjerit tu, kau suruh dia bertenang. bagi tahu dia pasukan menyelamat akan jumpa korang tak lama lagi.

4. Kau cepat-cepat capai pisau, halakan ke bulatan tersebut. siap ambil pembaris ukur berapa cm kau nak korek tangan dia.

5. Bila roomates kau tu balik bilik, kau nangis la teresak-esak. lepas tu kau cakap kat dia, 'sampai hati kau buang bonsai tu. aku dah couple dengan dia semalam.'

6. Bila dia keluar outing, kau pesan kat dia belikan pengasah pisau. siap tunjuk dia cara yang betul mengasah. selepas itu kau acukan ke leher dia, tanya dia posisi mana yang terbaik.

7. Bila roomate kau start je nak main chess tu, kau terus duduk bersila mengadap dia. siap buat posisi yoga. bila dia menjerit kekalahan, kau raikan kemenangan kau.

8. Saat dia buka je lampu tu, kau terus masuk dalam bilik, cabut mentol lampu tu. kau cakap kat dia, 'tak elok membazir. kan siang lagi ni'. terus kau blah bersama mentol tu.

9. Make sure poket kau dipenuhi dengan kentang McD. bila dia cakap eh kau rupanya, kau terus offer dia kentang tu sambil bertanya, 'macam mana kau tau aku beli McD. kau stalk aku eh?'

10. Bila roomates kau start pengsan, kau ambil satu manila kad, kau conteng-conteng karangan ringkas dalam tu. kalau nak lukis pun sempat. 2-3 jam dia pengsan. lama tuh. then bila dia bangun cepat-cepat kau bagi tahu, 'thanks, aku dah dapat pesanan tu. tadi masa pengsan kau dah wasiatkan semua harta kau kat aku'. and please tunjuk manila kad tu sebagai bukti.

Nantilah aku sambung. busan nih. nak naik basikal atas katil roommate aku jap.

Macam pernah jumpa tapi di mana ye

Aku gerenti semua orang yang berblog pernah baca->Tips buat roommates anda bengang. mesti punya lah. kecuali anda baru berlajar guna internet dalam setahun dua lepas.
ataupun anda sebuk melayan laman web porno sehingga ketinggalan lawak yang superb ni.
tapi tak mengapa, aku berjaya copy paste untuk mengimbau kembali lawak tersebut.
lawak ni memang famous gila. tak percaya sila google.yang ni aku copy paste sebiji sebulat tanpa edition.

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

sebenarnya aku nak sangat tau (ke nak tau sangat? maaf bm memang lemah) karya siapa sebenarnya lawak ni.
sebegitu ramai orang copy paste lawak ni. tiada hak cipta terpelihara ke.
aku teringin sangat nak bersoal-jawab dengan orang tersebut.
terdapat beberapa persoalan yang bermain-main di kotak kepala ku.

kau bahagia tak sekarang?
mana kau belajar buat lawak sebegini masyuk?
kau bengang gila ke dengan roommate kau?
apa yang roommate kau dah buat?

kau pernah test try semua tips tersebut?
agak-agak sempat tak kau laksanakan tips ke 3 sebelum dia parang kepala kau?


kat siapa lah aku nak tanya eh.

Hidup penuh makna

antara makna-makna hidup adalah,wtf. kau ingat ini blog dewan bahasa pustaka?

hidup memang bermakna bila kau dapat makan di tempat yang disukai.
hidup penuh makna bila kau dapat jumpa teman-teman yang dirindui.
hidup kau bermakna bila kau mampu bergelak tanpa henti.
hidup ada makna bila kau telah membuat meja-meja sebelah menjadi sakit hati.
hidup maknanya kau selesa menjadi diri sendiri.
tapi,
hidup memang penuh bermakna dan ada maknanya bila waiter datang membawa bil tanpa berbasi-basi.



confirm.
memang bermakna hidup aku ni.

Friday, September 11, 2009

Super impose

over gila buat 2 entry dalam masa 5 minit.
suka hati boleh?

ye lah. siapa dapat tahan, kalau kau pergi shopping make up, bile sales girl tu datang untuk entertain anda, bercakap mengenai keupayaan makeup tersebut untuk menutup liang pori serta garisan-garisan di muka (ok memang dia sangat over bila menunjuk ke muka aku time bercakap mengenai garisan di muka.aku masih muda!wtf), sedangkan mukanya mempunyai liang pori yang sangat jelas serta maha dasyat, walhal mukanya sudah diselaputi makeup super tebal.

memang sumpah tak beli jika jenama tersebut tak di kenali ramai.

dan lebih sengal sewaktu anda sedang membuat bayaran di hadapan sales girl tersebut, kawan anda yang di kenali sebagai bermulut straight forward, berkata dengan kuat

"weh, tak semestinya perempuan cantik je eh boleh jadi promoter"

aku dah cuba google gambar berkaitan. tapi tak jumpa yang berkenan di hati.
harap jenama make up tersebut membuat super impose semasa mempromosikan produk mereka.


hidup MAC
.

Perasan lebih

pernah tak mengalami nasib yang sama?
dimana sewaktu anda sedang memandu kereta dengan jayanya, dan tersangkut di dalam jammed, kebetulan berada di sebelah tapak pembinaan, dan tanpa di rancang berbunyi dentuman yang super perlahan, di sertai dengan minor gegeran, dan secara tiba-tiba orang di depan kereta anda, keluar dari kereta dia yang kelihatan masih baru walaupun plat kereta sudah mengconfirmkan kereta 2 tahun lepas, sambil membuat muka bengis seraya menjeling tajam kepada pemandu kereta belakang, kemudian menge'check' bumper belakang keretanya. (bumper ke?maaf memang sengal bab-bab kereta)

ok wtf?
rasa nak gelak sampai tercabut stering tak, bila dia bergegas masuk ke dalam kereta dia, apabila menyedari jarak kereta dia dengan kereta belakang, boleh memuatkan seekor anak gajah.
ok over.mungkin seekor kuda belang.


masih gelak secara besar-besaran.

Monday, September 7, 2009

Low memory space

seriuslah,aku sangat takut aku nyanyuk awal.
mungkin aku orang yang terawal nyanyuk dalam sejarah.ceh hiperbola.
bukan sebab aku telah langgar pantang larang orang-orang tua seperti melangkah adik semasa dia menerap atau menguap sambil bercakap. tetapi hakikatnya ingatan aku memang sejak azali tidak boleh dipercayai.

contohnye tersimple, aku tak ingat no plat kereta ayah aku. yang telah dibeli 4 tahun lepas.
contoh separa simple, aku tak berjaya save tarikh hari jadi dalam ingatan aku,kecuali hari jadi sendiri.
contoh mudah, aku tak dapat ingat apa yang aku nak tulis sebenarnya ni T_T

aku bukan nak tunjuk yang aku cuai.tidak.bukan.no-no.itu di post yang lain. sekarang ni aku nak meroyan kenapa aku tak dapat ingat apa yang berlaku. kenapa aku perlu mengambil masa untuk recall.

kejadian di tempat kerja:
tadi adalah seorang makhluk berupa manusia yang datang menghampiri aku menanyakan tentang antivirus komputer di tempat kerja aku.pertanyaan dia telah di jawab dengan successnye yang berbunyi: "Owh.saya tak tahu lah.nanti bos balik saya bagitahu dia ok". dan manusia terebut juga menjawab dengan lancarnya: "ok.tolong bagitahu dia, En.NIAVCVWE datang nak update antivirus"

percaya tak bila bos datang apa yang aku cakap?
aku: "erm tadi,ada seseorang datang.dia cakap apatah.pasal virus komputer."
bos: "siapa?dia bagitau nama tak?"
aku: "erm tak ingat lah."
bos: "dia macam pakcik-pakcik,ade janggut kan?"
aku: "ermm .................. ye kot."(sambil membuat percubaan muka comel separa sedar)

1 jam kemudian pakcik itu muncul kembali,bersama janggutnya yang sepanjang semarhalah.ok over.sampai ke dada dia.panjang ok.
dan memang sepatutnya sekali pandang boleh ingat lah janggut tu.common sense ok.


T_T
meraung sekejap.

Thursday, September 3, 2009

1Malaysia

Saya suka kerja saya.
Sekarang baru suka?
Sukati lah.dulu tak suka sebab tak tahu.tak rasa.dah rasa baru tahu.betul rupanya kata-kata mak aku ni.haha

Perbualan kosong antara aku dan seorang pesakit berbangsa cina:

aku: uncle, ini ubat uncle. yang ini ubat tahan sakit (ubat A). makan 1 biji bila sakit je ya. lagi satu, makan yang ini juga (ubat B) bila uncle makan ubat tahan sakit tadi.

uncle:ini pun (ubat B) kena makan ka?ini ubat apa?

aku:kalau makan yang tu (uabat A), nanti sakit perut. ini ubat (ubat B) tak bagi uncle sakit perut la.

uncle:tapi saya sakit kaki.bukan sakit perut.makan ni je la(ubat A).

aku:memang la.tapi kalau uncle makan yang ni(ubat A),nanti sakit perut. so kena makan yang ini jugak(ubat B).

uncle:talak paham.saya tak nak yang ini(ubat B). saya tak sakit perut woo.

aku:(muka lost and tahan sabar) uncle kena makan jugak. ini makan (ubat A), ini pun makan (ubat B).

uncle:dua-dua pun kena makan ka?

me: yelah uncle.dua-dua kena makan la.


uncle: haiya.lainkali you bagitau la awal-awal makan dua-dua.baru paham woo.

wahaha.kalau takyah makan takda la aku bagi.tak kan la nak bagi pastu cakap: "uncle ini ubat saja-saja kasi.nanti anjing kejar uncle baling sama itu anjing ok".

Wednesday, September 2, 2009

Kaki Palsu

Boleh ke nak mintak kaki palsu 1?
Keadaan kaki sekarang sangat teruk. bukan lah patah ke kurap ke betepung ke bedaki ke (haha yakin tak berdaki padahal dah lama tak tonyoh guna berus sabut) ,tapi sangat lenguh dek keberdirian yang sangat lama dan mantap (mantap lah sangat kan kalo sampai cram).

Ko kerja apa sebenarnya ni weh?
Kat kaunter je? biar betul?
Isi-isi ubat then bagitau macam mana nak makan?tu je?

Hina sangat ke?sila jangan pandang serong, nanti juling.wtf.
Harap maklum ya, walaupun terpaksa berdiri di belakang cermin yang malu-malu ayam bukaannya, dan sekadar berkata kepada orang di sebalik cermin sana: "Encik, ubat ni makan 2 biji 3 kali sehari ya. Lepas makan. Terima kasih.", gaji saya 3800++ ok. sila kisah.

Ok.maaf lah.bukan hal gaji.aku tau stakat 3800++ tu bagi sesetengah orang nothing, tapi bagi aku yang setengah mampus menghafal note nak jawab exam sambil mengeluh dan mengeluarkan kata-kata menyesal kerana salah pilih course nih, berbaloi la gaji tu. so sila lah respect sesama sejagat.wahaha ayat sengal.

Daaaa