Wednesday, September 30, 2009

Sentap

aku baru tulis tittle dah terpost. shalanat betul.
tak sempat karang entry. baru pikir tajuk. T__T

Monday, September 28, 2009

Munasabah ke Muhasabah

percubaan nak tidur sejam yang lalu tak berjaya.
terpaksa lah update blog yang lemau nih.
oh title post memang tiada kaitan. sila jangan keciwa.
tak update bukan sebab busy tapi malas nak menaip. kalau boleh record, dah lama aku amalkan. tak perlu lah menaip.
yelah,kena guna BM baku. susah kot. ejaan dah la fail tahap cipan. penat reedit. (macam lah cikgu BM aku nak check ejaan!!!)

anyway, kerja ketika musim perayaan amat syurga (heaven). sumpah seronok.
tak menyesal cuti 2 hari je. before raya pulak tu.
hari rabu-jumaat pergi kerja macam orang menang judi. enjoy nak mampus.
jalan clear beb! keluar rumah 7.15. dalam keadaan emosi tenang pulak tu.
apa kes kalau 7.30 dah sampai tempat kerja? dah la bawak gila sempoi. nak tak nak je tekan minyak.
lepastu boleh pulak patah balik pergi mcd. siap tak nak drive thru lah. sebab nak menggunakan masa yang banyak itu.
dah siap beli and duduk-duduk sambil hirup kopi pekat lagi panas, sempat lagi sampai ke tempat kerja sebelum pukol 8.
aduh. gila engkau.
tolong la raya setiap minggu. baru bersemangat nak kerja. ^_^

oh sabtu lepas ada buat open house. mini je. sebab parents nak invite saudara sepapat. and kawan-kawan berkaitan.
plan last minit.
ye lah. aku sepatutnya beraya secara konvoi ke utara (perak pineng dan kedah).
tapi harap kecewa je lah ye kalau dah tahu time raya baru nak pergi cari tiket train budget semuaorang naik bas or kereta lah kan.
dah la berplan hebat tanpa menginform kedua orang tua. budget kalau dapat tiket tu, lagi 2 jam nak bertolak baru nak mintak izin ibubapa. haha padan muka lah kan.
maka terinvolve la dengan plan mini open house secara mengejut.

dah katanya mengejut, invitation kepada kawan-kawan yang kononya terdekat pun dihantar secara mengejut.
antara mesej balasan yang masuk ke inbox:

"sori semalam aku tdo pas mghrb smpi pkol 10..sori eh.."
>kebetulan lah pulak kan. open house aku start lepas maghrib until 10. menyesal tak mesej kau pukul 8 tu

"hye. sori dear..aku xdpt g la nmpknye.kene tlg mak aku kemas2 n msk..sok nk ajak sdare..thnx bnyk2 ajak aku.nt aku dtg rye eh.ko msk la lg.haha..hv fun!"
>mesej yang direply 15minit sebelum pukol 8. so mungkin emaknya juga membuat keputusan last minit untuk membuat open house secara mini gamaknya.

"mcm xsempat.aku kat muar lg.."
>dia ada wedding kawan sekolah di muar. dia jawab macam tu sebab dia janji nak cuba datang. ok tak mengapa muar memang jauh

"hoo..ak d hal sket skrg nie..pape ak roger ko blk ok..haha"
>sumpah dia tak roger balik pun. nak kata takda kredit, pukol 10 tu boleh pulak dia mesej ajak bergosip. ok tak mengapa mungkin hal dia berkaitan dengan situasi yang tak mampu menaip mesej.

"oh.ak de knduri mlm ni..sowi tau"
>ramai sungguh berkenduri di malam hari ini

"nak dtg!tp,pk blk,ssh nk mtk tlg org jmput kt lrt n nk blk nnt..menyusahkn org kang..so,aku xpegi la..sori eh"
>ni yang pertama tahu mengenai open house dan yang paling semangat nak pergi. dan aku sudah lali dengan alasan last minit yang beliau berikan. so harap maklum

ada mesej yang dah selamat di delete sebelum sempat di paparkan. selamat lah kau.
oh ada jugak yang membuat alasan tersebut bila di tanya secara lisan

"la..you ke? ingatkan siapa la hantar mesej tu..i pakai hp lain la..nombor tak naik..mungkin tak save dalam simkard lah kot."
tetapi besoknya boleh pulak lah dia mesej aku bertanya khabar. ok ini memang konfiusing.

hahaha. sumpah seronok. serius menyesal gila kot aku tak jemput ramai-ramai lagi.
yelah. bila lagi nak baca alasan-alasan yang macam ni.
oh tak dilupakan, pada kawan-kawan yang datang, thanks lah. maaf lah jemputan secara tiba-tiba.


Nak try ajak last minit untuk kahwin nanti lah.
Mungkin ada respon yang lebih menarik untuk dikongsi bersama kan.


Tuesday, September 22, 2009

Bila kau nak kahwin

memang soalan typical diajukan pada anak-anak gadis.
terutamanya time berkumpul ramai-ramai di hari raya.
memang terbukti lah niat busuk nak burukkan anak-anak gadis yang belom kahwin ni.
antara jawapan typical aku bagi:

"nanti lah. kena ke?"
@
"bini kau dah mengandung anak ke-3 aku kahwin la"
@
"lagi dua tiga tahun ikut tahun lompat"

busan ok. tolong lah tanya soalan lain. tak metaformik betol.
kalini aku bagi jawapan berbeza untuk mengelakkan rasa bosan mereka yang bertanya

"bila nak kahwin weh? "
"owh. minggu lepas. jemput datang ya."

so diam boleh tak. karang aku kahwin aku jemput lah.

anyway berikut adalah update sepanjang hari raya tahun ni:

1) naik kereta 3-4. plan 3.5 satu kereta tidak berjaya diapply.

2) MASIH MENDAPAT DUET RAYA. walaupun dah bergaji sebenarnya tetapi tidak diketahui umum. tektik "terlupa withdraw duet" nampaknya amat berkesan buat masa ini ^_^

3) hampir-hampir bersalaman dengan amil zakat fitrah dek gurauan ibu yang melampau.
T___T
"anak, kau dah kerja. zakat bayar sendiri ok. ayah tak bayarkan untuk kau dah"

4) tidur secara berjamaah. bila lagi kau anak beranak 7 orang boleh tidur satu bilik if bukan time raya.

5) tidak bergaduh secara serius dengan mama ku. ini pencapaian terbaik! ^_^

6) berjaya menunaikan solat sunat hari raya.
pengakuan iklas, ini adalah pengalaman pertama. -_-"
jangan pandang hina ok.
aku perempuan. so aku
boleh bagi 9 alasan munasabah selain alasan uzur di pagi raya.haha.
oh by the way, ini merupakan azam aku untuk tahun ni.

maka, solat sunat hari raya, check!





Thursday, September 17, 2009

Serangan balas Edisi 2

sebelum aku pulang beraya, jom sambung bergaduh dengan roommate. nanti hari raya jangan lupa bagi SMS mintak ampun ok.

11. Bila dia sebut je mak kau, kau pura-pura culture shock. kau duduk berteleku depan pintu. kalau boleh sambil pakai telekung. make sure kau betul-betul block pintu tu tak bagi dia keluar. selepas 3 jam, kau bagi tahu roommate kau tu yang mak kau dah lama pergi. kau yakinkan dia yang mak kau nak berhubung dengan kau melalui roommate kau. kau paksa dia telefon balik nombor tu sampai dapat.

12. Besoknya kau gosok gigi macam biasa. tapi kalini kau gosok sekali singki tu. bersihkan semua daki-daki. tapi paling pentingnya make sure yang kau guna tu berus gigi dia.

13. kau ambil risalah tu, gantung kat leher. kalau boleh kau besarkan risalah tu ke saiz banner. lepas tu kau tanya roommate kau, 'pernah jumpa tak budak ni?kau jumpe tak?' ulang-ulang pertanyaan tu 5-6 kali sambil buat muka syahdu.

14.bila kau bangun buka lampu tu, kau buka sekali seluar kau. kau buat gaya-gaya ghairah. kau pergi kat roomate kau, kau ckp, 'lainkali bagi tahu je la. tak payah hint-hint. i pun dah lama tunggu saat ni.'

15. kau sediakan selimut dan bantal yang empuk untuk diorang. bagi diorang betul-betul selesa untuk perhatikan kau. bila diorang dah bosan tu, kau mintak harga tiket sorang 40ringgit. tayangan gold class weh. mesti lah mahal.

16. kau buat cam biasa. siap join puji bilik tu wangi. besoknya sebelum bersiap ke kelas kau angkat tangan kau, kau geser-geserkan ketiak kau kat dinding bilik. cakap kat roommate kau, "best jugak pakai deodarant macam ni". dan make sure kau tak mandi and tak shave ketiak kau 4 bulan.

17. bila dia nak keluarkan gam or minyak rambut tu, kau terus mengiau. siap buat aksi manja kucing. lepastu kau ambil je barang yang dia nak bagi tu. jangan lupa ucap terima kasih tak terhingga dan mintak lagi keesokan harinya. ulang sampai dia bankrup.

18. bila dia usap rambut kau, kau capai tangan dia. kucup jari-jemari dia, lantas berkata, 'sorry. aku tau kau suka kat aku. tapi aku tak suka orang yg takda rambut. and lagi-lagi kalau rambut macam kau ni'. lepastu kau buat muka sumpah jijik.

19. buat macam sesak nafas, pastu pura-pura mati. biar roommate kau dan kawan-kawan dia panik selama setengah jam, lepastu bangun perlahan-lahan,kau pandang roommate kau, sambil buat muka terkejut kau cakap, 'tak sangka kat neraka pun kita still roommate.'

20. kau ratap mayat tu, tabur bunga melur, siap siram air mawar, dan kuatkan ikatan kain kafan tu. selepas tu kau nangis teresak-esak. cukup 5 minit, kau selongkar barang dia cari apa yang kau boleh kebas. dan make sure kau kebas dengan pantas sementara dia cuba keluar dari kain kafan tu. (kan tadi aku dah suruh kau ikat ketat-ketat).

Sementara muncul tips-tips yang baru, teruskan bergaduh dengan roommate kau.
Kalau boleh selang selikan tips dia dan tips kau. baru muhibbah.

Selamat beramal.