Showing posts with label famille. Show all posts
Showing posts with label famille. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

HARI AYAH GEMBIRA

HAPPY FATHER'S DAY

kenapa ye kalau nak cari hadiah untuk ayah mesti rasa cam susah.
susah nak pilih hadiah apa yang sesuai.
kalau mak,macam-macam boleh bagi.ye lah,perempuan kan,senang agak.
hand beg,pefume,bunga,coklat,baju etc.sebut je, semua masuk akal. apetah lagi kalau bagi emak hadiah peti ais,mesin basuh ke vacuum ke,confirm sengih manjang. maklumlah, dah namanya perempuan, berjela lah keperluannya.

ayah ku yang sorang ni dah la lain dari yang lain. tu yang menambah susah.
nak bagi coklat, emm mak yang suka coklat.ayah?tak pernah nampak dia makan coklat.
nak bagi baju, emm macam biasa la plak.
nak bagi kek, ayah tak makan pun.
nak bagi bunga?haha.baik bagi kek diatas.
nak bagi tie?wallet?itu dah macam hadiah kepada buah jantung.
pening.

tadi perbualan bersama adik yang sengal bestari;

kakak:emm nak bagi apa eh kat ayah. adik,ayah suka makan apa?secret recepi dia tak makan kan.coklat emak yang suka.tak pernah nampak lagi ayah makan. (kuew tiaw, fish ball,pizza hut etc memang dia tak makan harap maklum)hmm habis tu,nak bagi apa?ayah suka makan apa je.
adik:PETAI.ayah suka petai.

*slaps head* nak bagi petai ke?nak ikat riben?pffft

Wednesday, December 30, 2009

Siapa kata

siapa kata mereka tak tahu.
siapa kata mereka tak paham.
siapa kata mereka orang lama.


ini bukti!
sila perhati dengan teliti.
ranking top 50 dalam genggaman.




itu dia.focus kepada yang berwarna turqoise.
ibu yang hebat.
mampu mencabar anak-anak ikannya.oh bukan.anak-anak mudanya.
aku hanya mampu di tempat ke 8.yang tengah cuba itu.
kalah dengan mudah.wtf.
kelihatan adikku rapat mengejar dari belakang.yang dibulat dengan merah itu.
juga gigih berusaha namun gagal di tangan pihak atasan.



ya kelihatan lagi nama-nama serta nickname ibu yang hebat.
tersenyum megah melihat kejayaan sendiri.
umi ok je-->cubaan merendah diri.
tapi masih gagah menopoli.



juga disini.



malam ni terpaksa stay up.
nak mantapkan pacman.
kenapa lah asyik kena makan.
apa rahsia kejayaan ibu.
nak tanya malu.
eh mungkin lebih kepada ego.
oh ibu.
tunggguuuuuuu.

Wednesday, September 16, 2009

Bahagi sama rata di hari raya

pulang ke kampung berhari raya dengan berkonvoi 2 kereta adalah perkara biasa.
kalau cukup ahli, kami bersepuluh akan dibahagi tak sama rata. ^_^
yelah siapa yang nak naik dengan mama papa kalau boleh naik denga adik beradik dan menggila tanpa di marah. oh it's so much fun ye.
dan seperti biasa those yang masih kecik lah yang kena naik dengan parents. abang-abang dan kakak-kakak yang cool sahaja diterima masuk ke dalam kereta ke-2. lembaga penapisan amat strict tentang hal ini =p

kalini ahli rombongan cik kiah pulang ke kampung tak cukup sepuloh orang. tinggal kami ber7 je.
so adikku yang bercita-cita menabung sepuluh ringgit sebulan tengah mengira macam mana nak bahagi 2 kereta.

" jap ya adik kira. (ambil kalkulator, tekan-tekan) mama, kita 7 orang kan. so satu kereta 3.5 orang la"

wah bijak amat.
maka kali ini kami akan pulang ke kampung dengan 3.5 orang satu kereta.
T__T

Menabung amalan mulia. Tapi,,,,

"mama, adik nak menabung lah. cikgu kata kalau sehari simpan sepuloh sen, sebulan dah boleh dapat sepuloh ringgit"

ok.terima kasih guru.
adik aku ni dah cukup sengal bab-bab mengira.
kalau di tambah dengan ajaran yang macam ni, confirm tak lulus ujian lompat kelas dia.

1 hari=Rm 0.10
1 bulan= 30 hari
30 hari= Rm 0.10 X 30 = Rm 3.00
mana nak cari lagi 7 ringgit nih????

itu kalau kira sebulan 30 hari.kalau kira hari sekolah pulak,
hari sekolah= 4 minggu X 5 hari
= 20 hari
20 hari= 0.10 X 20
= Rm 2.00

ok tak pasal-pasal lah kena buat calculation kat sini.
kot-kot masih ada yang tak dapat tangkap. boleh la sekelas dengan cikgu tu. eh tak. maksud aku dengan budak-budak tu. ^_^

so hujung bulan nanti aku terpaksa suruh adik aku mintak cikgu dia lagi 7-8 ringgit.
aku rasa itu kot cikgu dia cuba sampaikan.
nak bagi duet raya tu tak payah la berbasi-basi.
kan dah pening budak-budak ni.

Maaf zahir batin.