Wednesday, November 4, 2009

Kalau lah aku

ingat masa-masa muda dulu, cikgu suruh buat karangan bertajuk,
"Jikalau saya seorang perdana menteri, saya akan .....".
benci betul karangan jenis cita-cita macam nih.
sebab aku memang taknak jadi perdana menteri.
tapi tu ok lagi la. mengajar anak murid berazam tinggi.
tapi kadang-kadang tu dapat jugak tajuk karangan yang mengajar budak-budak berangan,
"Jikalau saya mempunyai seratus ribu ringgit, saya akan..."
tak suka. memang tak suka. mungkin sebab aku ni jenis berpijak di bumi nyata.
takda angan-angan mat jenin.
nak buat, buat. kalau ragu-ragu, baik blah.
ada, ok. takda, diam jangan meracau.
dapat, senyum. tak dapat, lantak.
ok stop. dah jauh ni.
oh tapi mesti ada yang pernah dapat tajuk karangan yang macam ni
" Jikalau saya sebatang pen, saya...."
wtf la kan. dah elok-elok lahir manusia, mintak jadi pen pulak.
aku memang tak pernah pilih tajuk karangan yang ni.
sanggup usaha gigih buat karangan rasmi tak rasmi etc daripada menjawab "Jika saya sebatang pen" itu.
bukannya sebab tak mampu nak buat, cuma takut cikgu tak dapat nak terima karangan jujur ikhlas budak baik budiman ni. biar aku coretkan sedikit contoh penulisan bernas aku sekiranya aku pilih tajuk karangan tersebut

"Jikalau aku sebatang pen, aku akan mengeluh besar. akan ku pinta dilahirkan semula sebagai sebatang pensel. boleh ku asah-asah diriku menjadi pendek bebenar supaya murid-murid tak dapat membuat kerja sekolah. tetapi jika aku sudah menjadi pensel, akan ku pinta untuk dijadikan pula sebagai pemadam. akan ku padam-padam karangan bertajuk jika saya sebatang pen itu. dan kemudian, ..." ok cukup takat ni.


so kau rasa cikgu aku suka aku tak?


dan kenapa aku merepek harini.
oh sebab tadi balik kerja,kereta depan aku bawak trailer berisi kuda putih yang sangat anggun


dan terus terlintas dalam otakku,
Kalau la aku ada seratus ribu ringgit, aku akan............

so dah paham?
terima kasih cikgu.

No comments: