Wednesday, December 30, 2009

Siapa kata

siapa kata mereka tak tahu.
siapa kata mereka tak paham.
siapa kata mereka orang lama.


ini bukti!
sila perhati dengan teliti.
ranking top 50 dalam genggaman.




itu dia.focus kepada yang berwarna turqoise.
ibu yang hebat.
mampu mencabar anak-anak ikannya.oh bukan.anak-anak mudanya.
aku hanya mampu di tempat ke 8.yang tengah cuba itu.
kalah dengan mudah.wtf.
kelihatan adikku rapat mengejar dari belakang.yang dibulat dengan merah itu.
juga gigih berusaha namun gagal di tangan pihak atasan.



ya kelihatan lagi nama-nama serta nickname ibu yang hebat.
tersenyum megah melihat kejayaan sendiri.
umi ok je-->cubaan merendah diri.
tapi masih gagah menopoli.



juga disini.



malam ni terpaksa stay up.
nak mantapkan pacman.
kenapa lah asyik kena makan.
apa rahsia kejayaan ibu.
nak tanya malu.
eh mungkin lebih kepada ego.
oh ibu.
tunggguuuuuuu.

Friday, December 11, 2009

15 minit

How interesting when within 15 minutes you,
Realize that the person whom you thought was stupid@slow before actually a complete psycho.

Realize that you can finish and burn calories on that sweat-sucking-machine. Mati.



Selingan.
Apa itu bahasa pasar?
Bahasa pasar tu macam "JUAL-JUAL AYAM DUA RINGGIT"
LOL.
What a funny answer kiddo.

Selingan peringkat dua.
Si bimbo BM menulis:1 TITIK 3 KALI SEHARI.
Staff si bimbo: *muka blank, pandang lama-lama label tersebut*
Si bimbo BM: kenapa? Betul kan?
Staff yang masih tak percaya: bukan 1 TITIS ke?
Si bimbo: OMG. *terus koyak label dan campak laju-laju dalam tong sampah*





Ucapan.
Congrats to my dear friends aya&fahmi for their nikah gantung day today. Still tak mampu nak percaya. Congrats.


And also to Surya, congrats! Kau memang mampu jadi isteri yang hebat. Dont worry. See you on your wedding day tomorrow. ;)

Juga untuk Manar, selamat bertunang. Akhirnya kau jumpa yang sesuai. Congrats.

Untuk kawan-kawan yang kahwin minggu lepas dan lepas-lepas,
Fizah Saim, sorry tak dapat datang. Thanks sebab invite aku. Aku rindu bangat sama kamu.

Lyana Nordin, dasyat betul kami sesat. Dah nak sampai seremban. Sempoi betul buat wedding time weekend. Then sambung pergi kelas macam biasa. Sweet.

Sufi, congrats. Susah betul nak cari dewan tu. ;p

Ucapan terakhir untuk seseorang yang telah mengambil keputusan untuk bertunang.
Dengan kekasih hatinya yang curang tak ingat dunia,
Yang masih menyimpan perempuan jalang tersebut didalam diari hidupnya,
Dan tidak menampakkan ciri-ciri keinsafan seorang kekasih sejati.

Harap kau tak terlambat untuk sedar.
Bangun dan bukak la mata kau kawan.


Diam bukan tanda aku setuju.
Diam juga bukan tanda aku tak peduli.
If only i can figure out why you are so damn stupid loyal to him.
Ill make you leave that man.
Before it is too late.


And i hope im not.

When people ask.

Maaf lah blog dibiar terkontang kanting.
Tuan blog tak cukup masa.
Sedang menjalani hidup secara random dan mengejut.
Malangnya,hari-hari tetap berlalu dengan mendatar(sound effect sayu).wtf.

Now jadual hidup dah berubah.
Balik kerja singgah gym.
Dan di sambung dengan ayam penyet.
Gila. Memang tak boleh berhenti (merujuk kepada ayam,bukan gym).

Berbalik kepada cerita gym.
Punca mendaftar kan diri? Mempunyai duet lebihan. (Tipu. Nak beli seluar trek pun pikir 9kali. Sanggup pakai seluar lama yang kene pin kanan kiri takut londeh)

Punca compliance pergi gym? Tak layak nak daftar diri ke kelab orkestra kebangsaan. So gym pilihan terbaik untuk menambah aktiviti kokurikulum. (Sumpah sampai sekarang tak reti eja. And apa beza kokorikulum dan kurikulum? Ah. Benci.)

Bila start?
Hari yang sama dapat kereta. Wow. Kagum dengan keborosan diri sendiri. Maka sekarang terpaksa berjimat cerdas (gabungan berjimat cermat dan cergas di gym).wtf.

Soalan-soalan menarik yang berjaya dikumpul kebelakangan ini:
1. Apa tujuan awak nak join gym?Tambah berat badan, turun berat badan atau kekalkan bentuk badan?
-Si penanya (consultant di gym tersebut) gagal mendapat jawapan bagi soalan tersebut kerana ditendang oleh responden.

2. Berapa penting untuk awak turunkan berat badan?
-Tak da la penting sangat sebab hidup saya gembira je. (jawapan responden berjaya menggamamkan trainer terlatih tersebut). Kelihatan die menulis perkataan "Moderate" dalam borang survey beliau.wtf.

3. soalan seterusnya ditanya oleh seorang staf yang langsung tak dikenali tapi pernah bertegur sapa sebanyak 2 kali. Soalan tiba-tiba yang berbunyi; Memang mak ayah pun badan sihat ke?(kalini responden tergamam sebab tak tahu nak merepek atau berpantun 2 kerat)

4. Soalan terakhir ni ditanya oleh seorang kawan lelaki berjiwa serta bernafsu wanita. Kenapa aku rasa kau cuba jauhkan diri dari aku? So jawapan standard adalah: Mana ada. Kau yang lari.wtf.

Masih banyak soalan-soalan menarik yang telah dikumpul untuk dikaji secara mendalam. Malangnya memory tak memberi kerjasama yang baik buat masa ini.(masa-masa lain pun)

Dan kisah menarik yang baru berlaku tadi semasa bergegas cergas ke kereta untuk pulang; di tengah perjalan cergas tadi, seorang pesakit (andaian dibuat berdasarkan pemakaian, raut wajah serta ayat yang keluar dari mulutnya) "Di singapore, doktor yang gemuk kena potong gaji"
Cis. Confirm dia pesakit psikiatrik!
Matron yang turut mendengar juga beranggapan begitu!! ;p




Ah lantak.
Tu kat singapore.
Malaysia kan ada nasi lemak, roti canai, kari ikan, berger ramly, roti john, ayam penyet, sup ekor, masak lemak cili api, tempoyak, teh ais, karipap, murtabak, ...
Get it?
So shuddup. Go live in singapore if you want slim doctor, big breast and full salary.Wtf.
Eh lupa. Aku bukan doktor.

Yeah. lega. ;p