Friday, December 11, 2009

When people ask.

Maaf lah blog dibiar terkontang kanting.
Tuan blog tak cukup masa.
Sedang menjalani hidup secara random dan mengejut.
Malangnya,hari-hari tetap berlalu dengan mendatar(sound effect sayu).wtf.

Now jadual hidup dah berubah.
Balik kerja singgah gym.
Dan di sambung dengan ayam penyet.
Gila. Memang tak boleh berhenti (merujuk kepada ayam,bukan gym).

Berbalik kepada cerita gym.
Punca mendaftar kan diri? Mempunyai duet lebihan. (Tipu. Nak beli seluar trek pun pikir 9kali. Sanggup pakai seluar lama yang kene pin kanan kiri takut londeh)

Punca compliance pergi gym? Tak layak nak daftar diri ke kelab orkestra kebangsaan. So gym pilihan terbaik untuk menambah aktiviti kokurikulum. (Sumpah sampai sekarang tak reti eja. And apa beza kokorikulum dan kurikulum? Ah. Benci.)

Bila start?
Hari yang sama dapat kereta. Wow. Kagum dengan keborosan diri sendiri. Maka sekarang terpaksa berjimat cerdas (gabungan berjimat cermat dan cergas di gym).wtf.

Soalan-soalan menarik yang berjaya dikumpul kebelakangan ini:
1. Apa tujuan awak nak join gym?Tambah berat badan, turun berat badan atau kekalkan bentuk badan?
-Si penanya (consultant di gym tersebut) gagal mendapat jawapan bagi soalan tersebut kerana ditendang oleh responden.

2. Berapa penting untuk awak turunkan berat badan?
-Tak da la penting sangat sebab hidup saya gembira je. (jawapan responden berjaya menggamamkan trainer terlatih tersebut). Kelihatan die menulis perkataan "Moderate" dalam borang survey beliau.wtf.

3. soalan seterusnya ditanya oleh seorang staf yang langsung tak dikenali tapi pernah bertegur sapa sebanyak 2 kali. Soalan tiba-tiba yang berbunyi; Memang mak ayah pun badan sihat ke?(kalini responden tergamam sebab tak tahu nak merepek atau berpantun 2 kerat)

4. Soalan terakhir ni ditanya oleh seorang kawan lelaki berjiwa serta bernafsu wanita. Kenapa aku rasa kau cuba jauhkan diri dari aku? So jawapan standard adalah: Mana ada. Kau yang lari.wtf.

Masih banyak soalan-soalan menarik yang telah dikumpul untuk dikaji secara mendalam. Malangnya memory tak memberi kerjasama yang baik buat masa ini.(masa-masa lain pun)

Dan kisah menarik yang baru berlaku tadi semasa bergegas cergas ke kereta untuk pulang; di tengah perjalan cergas tadi, seorang pesakit (andaian dibuat berdasarkan pemakaian, raut wajah serta ayat yang keluar dari mulutnya) "Di singapore, doktor yang gemuk kena potong gaji"
Cis. Confirm dia pesakit psikiatrik!
Matron yang turut mendengar juga beranggapan begitu!! ;p




Ah lantak.
Tu kat singapore.
Malaysia kan ada nasi lemak, roti canai, kari ikan, berger ramly, roti john, ayam penyet, sup ekor, masak lemak cili api, tempoyak, teh ais, karipap, murtabak, ...
Get it?
So shuddup. Go live in singapore if you want slim doctor, big breast and full salary.Wtf.
Eh lupa. Aku bukan doktor.

Yeah. lega. ;p

No comments: