Tak boleh tidur.
T__T
Teringat cerita masa kanak-kanak dulu
Seorang budak yang ditugaskan menjaga kambing, berasa sangat busan, dan tanpa berfikir panjang, menjerit meminta pertolongan kononnya serigala menyerang kambing-kambing jagaannya. Orang kampung berlari datang untuk menolong, sia-sia kerana ditipu. Keesokan harinya si budak mengulangi perbuatan yang sama, orang kampung masih tertipu. Hari ketiga, sang serigala betul-betul datang menyerang dan membaham kambing-kambing belaannya, si budak menjerit mahukan pertolongan, tiada siapa yang peduli.
Moral?
Sebagai kanak-kanak: Jangan menipu banyak kali. Orang kampung bengang.
Now (dewasa lah kononnya): Seseorang yang terlalu mahukan perhatian, perkara yang kecil pun suka digembar gemburkan. Bila musibah besar melanda, tiada yang peduli. Semua sudah lali!
Next time kita bincang kisah teladan anjing dengan bayang-bayang pulak ok?
No comments:
Post a Comment