Saturday, August 15, 2009

Saya punya kehidupan


MTV world stage Malaysia yang berlaku di sunway surf beach telah menyaksikan kehadiran ku.
di atas sumbangan seorang kawan yang tidak melayan hiburan-hiburan berkaitan,akhirnya tiket yang dimenanginya telah berpindah ke tangan aku.terima kasih kawan kerana memberi aku peluang untuk kembali merasai kehidupani anaki remaji.WTF.

tapi persoalannya,masih remajakah aku?mari kaji!

Bukti_1: pukul 8.30 mata dah ala-ala dimasuki garam.berair.bukan penyakit tapi akibat menguap terlampau banyak.
Bukti_2: menjerit berfasa-fasa yang juga bermaksud mengeluarkan bunyi nyaring sekali sekala.
Bukti_3: tidak over exited ataupun merasa girang tak terhingga sehingga ketawa terbahak-bahak,menjadi sangat peramah,penuh bertenaga serta mengilai tanpa segan silu.

Keputusan?mari kita huraikan satu persatu.
jika dulu,aku mampu keluar sehingga 6 pagi dan masih segar bugar sedangkan siangnya berjaya menghadirkan diri ke kelas 8-5.
jika dulu menghadiri parti,konsert,overnight yang juga bermaksud keluar sepanjang malam tanpa pulang, mahupun outing, sangat mengirangkan aku sehingga menjerit tanpa berhenti(di konsert sahaja,jangan apply untuk outing ya)
jika dulu aku tidak mengenal erti malu lantas menjadikan siapa-siapa di situ teman berhibur dan berlibur dan bergoyang menari sehingga disuruh berhenti.

Keputusan terkini?masa ternyata pantas berlalu.

No comments: