Monday, September 7, 2009

Low memory space

seriuslah,aku sangat takut aku nyanyuk awal.
mungkin aku orang yang terawal nyanyuk dalam sejarah.ceh hiperbola.
bukan sebab aku telah langgar pantang larang orang-orang tua seperti melangkah adik semasa dia menerap atau menguap sambil bercakap. tetapi hakikatnya ingatan aku memang sejak azali tidak boleh dipercayai.

contohnye tersimple, aku tak ingat no plat kereta ayah aku. yang telah dibeli 4 tahun lepas.
contoh separa simple, aku tak berjaya save tarikh hari jadi dalam ingatan aku,kecuali hari jadi sendiri.
contoh mudah, aku tak dapat ingat apa yang aku nak tulis sebenarnya ni T_T

aku bukan nak tunjuk yang aku cuai.tidak.bukan.no-no.itu di post yang lain. sekarang ni aku nak meroyan kenapa aku tak dapat ingat apa yang berlaku. kenapa aku perlu mengambil masa untuk recall.

kejadian di tempat kerja:
tadi adalah seorang makhluk berupa manusia yang datang menghampiri aku menanyakan tentang antivirus komputer di tempat kerja aku.pertanyaan dia telah di jawab dengan successnye yang berbunyi: "Owh.saya tak tahu lah.nanti bos balik saya bagitahu dia ok". dan manusia terebut juga menjawab dengan lancarnya: "ok.tolong bagitahu dia, En.NIAVCVWE datang nak update antivirus"

percaya tak bila bos datang apa yang aku cakap?
aku: "erm tadi,ada seseorang datang.dia cakap apatah.pasal virus komputer."
bos: "siapa?dia bagitau nama tak?"
aku: "erm tak ingat lah."
bos: "dia macam pakcik-pakcik,ade janggut kan?"
aku: "ermm .................. ye kot."(sambil membuat percubaan muka comel separa sedar)

1 jam kemudian pakcik itu muncul kembali,bersama janggutnya yang sepanjang semarhalah.ok over.sampai ke dada dia.panjang ok.
dan memang sepatutnya sekali pandang boleh ingat lah janggut tu.common sense ok.


T_T
meraung sekejap.

3 comments:

Hidayah said...

always like dat dear...hey..i got 1 question to ask...do u still remember my face?LOL

sesuci@pagi said...

ingat ah.aku tampal gambar ko besar2 kat dinding bilik aku.hahah

Hidayah said...

naseb bek ko ingat...hahaha