Tuesday, September 15, 2009

Raya sudah

pantas gila masa berlalu.
rasa baru semalam je merungut kena start puasa. haha jahil gila. bukan la merungut, cuma melahirkan rasa kegusaran puasa tahun ni dalam keadaan bekerja. ceh, macamlah kau kerja angkat batu bata peluh meleleh-leleh celah peha nak merungut penat puasa. =p

disebabkan baju raya aku dah siap tadi, so semangat raya aku dah muncul. nampak sangat lah kan aku jarang enjoy raya. haha.
satu lagi alasan, cuti aku start hari khamis ni. so sangat lah rasa tidak sabar bagai melonjak-lonjak. (padahal sebab nak cuti, bukan exited nak raya.haha)

bila bercakap hal baju raya ni, aku teringat la kisah seorang member ni. tapi takda kaitan dengan raya pun. cuma kaitan dengan baju. pun bukan baju raya. ok apa kau merepek ni lahanat.

alkisahnya, seorang sahabat aku ni berbaju kebaya, yang ala-ala pinggang ramping macam kerengga pakai bedung tu. dia naik teksi nak pergi ke kenduri kawan dia.
dan kebetulan lah dia dapat pemandu teksi yang bawak slow gila macam takda tayar.
nak diparahkan lagi pakcik tu tak tau jalan. eh wujud ke pemandu teksi yang tak tau jalan? pelik gitu.
so kawan aku yang terkenal dengan perangai pelik dia ni pun hot lah. bukan sebab pakcik tu tak pasang ekon ye. tapi sebab dia tu dah lambat,pakcik tu bawak slow, sesat pulak. siapa tak bengang. so kau tau apa kawan aku ni buat?
mula-mula tu dia sound lah.

"pakcik, tekan minyak lebih sikit boleh tak? saya dah la lambat ni"

malangnya pakcik tu dah kecewakan dia. makin lambat dan makin sesat lah kot. sebab kawan aku terus mengeluarkan cadangan yang jarang dijumpai di kalangan orang normal.

"pakcik! bagi saya je lah bawak teksi ni!", dengan nada mendesak.

ok. cadangan dah cukup pelik. yang lagi peliknya, pakcik tu bersetuju!
maka terjadilah pertukaran tugas. kawan aku yang berkebaya ramping ni pun bawak la teksi tu, and pakcik driver tu duduk seat belakang macam bos. haha memang sengal. kereta kanan kiri confirm la pandang dua kali.

padahal kawan aku tu pun bukan tau jalan. cuma dia terlampau sure kalau dia yang bawak lebih cepat sampai la.
lantak kau lah labu. asalkan kau bahagia ^_^

No comments: