Saturday, October 3, 2009

Surviving skill

kau kalau nak memandu kereta di KL, perlu penuhkan dada dengan ilmu-ilmu sampingan.
kalau harap lulus test JPJ, sila jangan cuba berani bawak kereta masuk KL.
bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menyusahkan orang lain.
memang menyusahkan orang lain.
kalau mengamalkan teknik pemanduan berhemat 20km/J, sila pandu di lorong jalan kaki lah. ini lah punca KL jammed. pemanduan lembap bagaikan pemandunya sedang ber*men. matilah.
if kau memandu dan suddenly berjumpa jalan yang ada 3 lorong, sila pilih lorong yang terpanjang (banyak kereta).
jangan tertipu dengan lorong berkereta sedikit kerana kami pemandu tegar tahu lorong itulah yang mengambil masa 2x ganda untuk gerak.
kalau kau nak cepat sampai ke lokasi, sila jangan follow belakang teksi yang membawa penumpang. confirm lambat sampai kerana mereka mengamalkan teknik bawak-slow-untuk mengaut-untung-lebih yang diamalkan pemandu-pemandu teksi kini. if teksi kosong kau boleh follow belakang.
if kau taknak kereta lorong sebelah potong kereta kau dalam jammed, sila follow kereta depan rapat maut punya. biar hampir cium bontot kereta dia asal kau tak sakit hati asyik kena celah dengan kereta lorong sebelah.
kalau kau kena himpit secara tiba-tiba dari kereta lorong sebelah, kau diamkan je. ini survival skill. jangan nak maki-maki atau cuba mengangkat isyarat-isyarat marah. ini bukan luar negara. jari tengah boleh digunakan secara berleluasa. di KL isyarat marah tidak memberi faedah malam memakan diri. KL kaya dengan samseng. kalau taknak mati,sila senyum lebar bila rasa nak marah. confirm hidup lama.
kalau kau hebat, kau himpit pulak kereta lain. kalau tak hebat, jangan mimpi! menyusahkan pemandu lain je kalau terhegeh-hegeh nak potong, pulak tu lembap nak mampus nak masuk lorong lain. menyusahkan! sila belajar himpit dulu di area tak busy serta di kawasan pemandu kereta penuh berkhemah seperti di bangi, sungai petani dan kuantan.
kalau nak cucuk kereta yang lembap, make sure kereta kau lebih canggih daripada kereta tersebut. kalau tak, dia akan tunjuk power dan kau yang malu di akhir cerita. sebagai penyelesaian, kau potong kereta power yang lembap itu mengikut teknik yang kau mampu. kalau tak mampu, duduk diam-diam belakang kereta dia.
kalau kau memandu di waktu malam, sila pasang lampu kereta, kalau tak kau di anggap sedang beraksi lucah dan boleh mengudang keinginan kereta lain untuk cuba mengintai. ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.
kalau kau terjumpa road block, sila bukak cermin kereta dan lampu siap-siap. polis pasti tak bertanya lebih lanjut. selepas terlepas dari sekatan tersebut, make sure kau bagi isyarat lampu kepada kereta lorong sebelah(bertentangan). tolong menolong mengurangkan saman.

Selamat memandu.

No comments: