Saturday, August 22, 2009

I WANT!!

berikut adalah kehendak_hati,
  1. tukar ke plan celcom postpaid
  2. menshopping sebuah kereta
  3. mendaftar KWSP
"kehendak_hati_1 adalah sangat urgent"
"kehendak_hati_2 adalah sangat penting"
""kehendak_hati_3 adalah kunci kejayaan kehendak 1 & 2""

Owh please kehendak.HELP.

Friday, August 21, 2009

Selamat datang kekasihku

Ramadhan..
Selamat berpuasa kepada semua umat islam.
Selamat menunaikan sembahyang sunat tarawikh.


Okey now nak buat azam.LAGI.



Maaf ya,selingan
~walaupun azam secara tiba-tiba sebelum ini masih belum tertunai(walaupun satu) owh ini amat memalukan,tapi aku tetap tegas untuk berazam selanjutnya~


Mari kita mula.
Azam A: menunaikan sembahyang terawikh lebih dari 5 malam

Azam B: tidak makan nasi semasa sahur sebaliknya menggantikan dengan #%%&$%& (maaf ini adalah rahsia)

Azam C: bersahur berat pada hari minggu sahaja (owh ini sangat memerlukan kekuatan)

Azam D: meminta cuti sehari untuk men'shopping' shawl di masjid jamek(ya memang penting)

Azam E: menunaikan azam A B C dan D serta 5 azam sebelum ini.

Owh ya.azam-azam di atas bukan pilihan seperti soalan PMR.tiada yang salah.tidak perlu memilih.

Harap makbul.

Thursday, August 20, 2009

Alien

di dunia sendiri.
bagaimana mahu rasa diterima dan tidak terasing?
bagaimana mahu rasa gembira?
bagaimana mahu menerima kenyataan bahawa inilah takdirku?

dialog si comel: "aku dan laptop ini bagaikan alien"

Monday, August 17, 2009

Hari-hari

hidupku.
Semenjak bermulanya zaman pekerjaan,jadual tugasan ops maaf jadual harian ku amat mengagumkan.
Tak percaya?tak percaya sudah.kisah apa.

5.50am: bangun tidur dengan pantas sambil menggapai handphone

6.00am: ke dapur untuk mengambil roti dijadikan bekal

6.15am: mengambil wuduk sementara menunggu turn si adik mandi

6.25am: giliran aku

6.45am: bergerak dari parking rumah(sekiranya perlu menghantar dua ketul tersebut ke sekolah.jika tidak,7.05am baru keluar rumah)

5.30pm: sampai rumah (jika jalan jammed tapi tidak secara melampau)rekod paling awal is 5.15 petang.paling lambat is 5.45petang

5.50pm: makan malam.ini bukan typo.memang makan malam

6.00pm: online secara berterusan sehingga puas hati

9.30pm: memilih baju seragam untuk hari mendatang serta menyusun beg supaya menjadi tidak terlampau serabut

10.00pm: suis lampu dimatikan secara rela.

Anjing pun boleh memandu

Hebatkan?

Memang ternyata wujud.
Kerana yang dimaksudkan adalah
manusia yang berperangai anjing.

Saturday, August 15, 2009

Saya punya kehidupan


MTV world stage Malaysia yang berlaku di sunway surf beach telah menyaksikan kehadiran ku.
di atas sumbangan seorang kawan yang tidak melayan hiburan-hiburan berkaitan,akhirnya tiket yang dimenanginya telah berpindah ke tangan aku.terima kasih kawan kerana memberi aku peluang untuk kembali merasai kehidupani anaki remaji.WTF.

tapi persoalannya,masih remajakah aku?mari kaji!

Bukti_1: pukul 8.30 mata dah ala-ala dimasuki garam.berair.bukan penyakit tapi akibat menguap terlampau banyak.
Bukti_2: menjerit berfasa-fasa yang juga bermaksud mengeluarkan bunyi nyaring sekali sekala.
Bukti_3: tidak over exited ataupun merasa girang tak terhingga sehingga ketawa terbahak-bahak,menjadi sangat peramah,penuh bertenaga serta mengilai tanpa segan silu.

Keputusan?mari kita huraikan satu persatu.
jika dulu,aku mampu keluar sehingga 6 pagi dan masih segar bugar sedangkan siangnya berjaya menghadirkan diri ke kelas 8-5.
jika dulu menghadiri parti,konsert,overnight yang juga bermaksud keluar sepanjang malam tanpa pulang, mahupun outing, sangat mengirangkan aku sehingga menjerit tanpa berhenti(di konsert sahaja,jangan apply untuk outing ya)
jika dulu aku tidak mengenal erti malu lantas menjadikan siapa-siapa di situ teman berhibur dan berlibur dan bergoyang menari sehingga disuruh berhenti.

Keputusan terkini?masa ternyata pantas berlalu.

Thursday, August 13, 2009

Drama kehidupan.

Scene 1.
tempat kejadian: dalam perjalanan ke hospital sungai buloh.
masa: lebih kurang 9.15 pagi
pelakon terlibat: aku dan pemandu HKL

aku:pakcik,selalunya macam mana ya.diorang hantar ubat-ubat tu ke kereta ke?
pakcik:yelah.kan banyak.dorang hantar sampai ke kereta je.lepastu ko kena susun sendiri lah.
aku:oh ok.takpa.
pakcik:kalau kau bagi aku ubat,aku tolong kau susun..
aku: (dialog dalam hati) sempat lagi mau rasuah!
haha.ubat apa pakcik.
pakcik: ala bukan ubat apa pun.panadol dan ubat batuk je..


p/s:gila lah.dugaan betul.boleh main rasuah plak dengan pegawai baru nih.

Scene 2.
tempat kejadian: di farmasi bekalan wad tingkat 2
masa: 2.30 tengah hari
pelakon terlibat: aku dan pharmacist tak berapa senior

pharmacist:you tak boleh datang-datang macam ni saja terus ambil ubat.sama macam you datang rumah orang la kan.kena mintak izin dulu.
aku:owh.sorry.tapi i nak ambil kotak kosong and the leaflet je.bukan ubat.
pharmacist:ya lah.(version perempuan tak berapa senior tapi ego,tengah malu gila tapi tak mau mengalah)you mana boleh ambil je.kena jumpa pegawai farmasi bertugas dulu.inform dia.
aku:sorry i tak tau who's incharge here.you ke?
pharmacist:bukan i.kalau tak tau you tanya lah.you kena tau.nanti kalau ada barang hilang kitorang tak tau siapa yang ambil.
aku:cis nak tuduh aku curi pulak(dialog dalam hati). ok sorry.tapi tadi i dah mintak izin puan yang duduk meja ni.(sambil menunjukkan tempat tersebut)
pharmacist:sini!(sambil ajak aku keluar untuk tunjuk board yang ada hirarki pegawai).
aku:!$%$%!#$^ ko nak tunjuk jawatan ko ke.blah.(dialog dalam hati)
pharmacist:anyway i dah agak you prp baru...lainkali you jumpa dulu pegawai farmasi. you tak boleh main ambil-ambil barang je
.


p/s:yang aku ambil tu kategori sampah.takda siapa simpan kotak ubat atau leafletnya.semua di buang ke dalam tong sampah.celaka kau pharmacist.plus,your collegue sendiri tak suka sama you.and i understand why.and takkan aku nak pergi jumpa pegawai farmasi yang busy gila tu semata-mata nak tanya:"puan,saya dari stor perubatan.saya nak kutip sampah-sampah ni nak buat sample.agak-agak ada orang kesah tak?kalau hilang ada orang cari tak?"$%!@&*&@#*^

Scene 3.
tempat: dalam pejabat stor perubatan tempat aku bekerja
masa: sekitar pukul 4.00 petang.
pelakon:aku dan puan

puan Z: siapa yang nak ambil ubat kat hospital serdang ni?
aku: saya nak!(dengan pantas mengoffer diri)
puan Z: haha.suka jalan yer kamu.(sambil senyum tahan gelak)


p/s:rupa-rupanya dia nak tau siapa yang ditugaskan,bukan siapa yang volunteer nak pergi sana.cis,malu kau.

Wednesday, August 12, 2009

Jatuh cinta dengar pertama

Tajuk: Nyanyikan Lagumu

Penyanyi: Maya Karin

Pencipta:Ng Ching Ching
Wong Seng Jinn


Biarpun di mana jua
Hatiku akan tetap setia
Biarpun tiada yang rela
Jiwaku akan tetap sedia
Mentari harapan
Membawakan kita sinaran
Satu kedamaian
Satu kebenaran
Satunya impianku

Kan ku nyanyikan lagumu
Kan ku dirikan namamu
Kitalah satu bangsa
Kan ku nyanyikan lagumu
Kan ku dirikan namamu
Inilah satu bangsa
Satu Malaysia

Disinilah janji kita
Hatiku akan tetap setia
Kini dan selamanya
Jiwaku akan tetap sedia
Mentari harapan
Membawakan kita sinaran
Satu kedamaian
Satu kebenaran
Satunya impianku

Tiada yang akan memadamkan jiwa ini
Tiada yang akan mematahkan semangat yang membara

Tahniah ya anak Malaysia.1Malaysia.

Tuesday, August 11, 2009

Tersedar dari angau

Sempena hari Selasa 11 Ogos 2009, aku ada azam baru.
Kenapa?sebab sekali je kan 11 ogos 2009 ni!haha.sukati/suka hati/suti.
azam-azam tersebut adalah:

  1. mengamalkan pemakanan sihat.
.........
............
...
..........
.......
...........
.......
dah habis gelak?okey mari mula balik.
  1. Jaga pemakanan...(silent)......seperti?nanti fikir di lain masa.
  2. Beli shawl sebulan sekali.(azam kejadahnya nih)
  3. Banyak bergerak.(jangan tanya)
  4. Kemas katil sendiri setiap pagi.
  5. Sembahyang tidak di akhir waktu.(sila puji)
okey cukup 5. nanti dah terlaksana baru tambah lagi.

Friday, August 7, 2009

I.CHOSE.NOT.TO.CARE

to any unwanted anasir that trying to distract me from my seem-like-a-happy life.
i can ignore it.
totally.
i am good in this.
well done me.

Sunday, August 2, 2009

Nasib masing-masing

Kesian.harini aku terbaca blog seseorang.betul lah.memang dia mengalami tekanan perasaan pun.selama nih aku 'suspek' je,boleh bertahan ke dia.sebab aku yg terinvolve kejap dengan family dia pun tak mampu berpura,inikan plak dia yg tepaksa hadapi hari-hari.kerana yang menjadi punca masalah adalah datangnya dari family sendiri.
siapa?kakak dia tulah.spesies yang macam orang gila-pendek akal-gatal-buta bila melibatkan jantan,mak mereka pula seperti mengalami masalah sistem nerves breakdown serta uncontrolled temper(pandai-pandai diagnose).
kisahnya?(terlalu panjang nak dihurai.khuatir akan mengganggu aktiviti harianku kelak)haha.
kesimpulannya?aku dah 'berhenti' berkawan dengan kakak dia si polan itu.di atas sebab2 yg sukar dijelaskan.tetapi nak disimpulkan simpulan dan menghuraikan kembali,aku cuma nak elak dari masalah.
kenapa tak tolong dia?fikirlah sendiri.umur dah 24 tahun tahun gajah nih.pengalaman hidup dah berguni-guni.kesengsaraan dan kecelakaan dia sendiri yang cari.musykilnya,kenapa dia tetap pilih jalan yang dah comfirm sesat jatuh longkang punya.
bodoh?memang.perkataan paling sesuai untuk dilabel padanya.
kesannya?tak kesah lah how much you miss me,i dont care ye.you already make the decision.this is what you get.PADAN.so,get lost.i mean it.