yang menyebabkan orang mengeluh bila melibatkan hal-hal government.
yang diarahkan berjumpa orang di sana dan di sini, ditolak dan digolek, diambil mudah dan dipandang ringan.
since aku dah bergelar pegawai kerajaan sekarang, aku mempunyai tanggapan lain. pegawai kerajaan sekarang amat lah tekun amanah dan istikomah. semua kerja dilakukan dengan rela hati, bersungguh-sungguh dan ikhlas.
ok boleh bunuh aku sekarang. sebab aku nak tarik balik pujian palsu diatas.
menyampah ok.
memang rasa nak penampar.
kau ingat hospital tu kecik. orang ni suruh jumpa orang tu, orang tu pass kan orang ni.
kau kalau pemalas sila lah mengaku.
cakap je,
"cik,saya ni pemalas gila. sebenarnya saya boleh uruskan hal tersebut, cuma saya pemalas nak mampus. siapa yang nak tolong makankan saki baki kuih raya ni kalau saya tolong settle kan hal cik. memang tugas saya pun sebenarnya cuma saya malas la. awak faham tak? bukan saya seorang je yang malas. kawan saya ni, puan Emon, puan Temon, puan Peon semua sama je macam saya. ketua saya pun sama malas. so pendek kata kami semua malas. saya sengaja suruh awak ke sana ke situ dan ke sini, pass ke orang-orang lain dulu supaya awak lama sikit pusing-pusing before datang balik pada saya. so sempat la saya habiskan dulu kuih raya saya ni sambil buat ketupat palas."
ok serius panjang tapi at least kalau kau jawab macam tu, aku takda la rasa marah sampai nak maki hamun dalam hati. sebab kau dah berterus terang.
ok dalam hati je lah. kalau luar hati boleh diambil tindakan tegas.
macam sampah kan?
ye memang macam sampah. (sendiri jawab)
entah bila lah boleh settle.
malasnya nak pergi jumpa orang-orang pemalas ni.
ops. dah jangkit ke? harap tidak.
1 comment:
rajin rajin la ..hehe ;)
Post a Comment