Tuesday, October 20, 2009

Not a good start

Not today,not tomorrow,and not yesterday.
but monday it is.
Monday is not a good day for me.
it never does.
but this week the day turn worse.
everything went out wrong.
and i keep wondering why.
but i manage to finish the day successfully slowly.
owh how i hate monday.
especially this monday.

BTW,Monday blues is a disease. Check!

Tolong pilih

Dapat berita tadi ada yang pening kepala nak decide hadiah untuk yang tersayang..
lagi-lagi kalau sambutan yang julung-julung kali seperti KONVOKESYEN..
tak mengapa, aku boleh tolong suggest..and semua orang tahu, basic hadiah is bunga lah.
tapi make sure cantik seperti contoh di atas..
dan bukan juga setangkai dua ya..tak digalakkan..^_^
pada yang nak buat kejutan tu,sedikit kelainan amat dialu-alukan..
aku suggestkan seperti di bawah ni


haa cantik bukan..confirm menangis yang menerimanya..
kalau nak drastik, bagi sekali dengan
yaa..bunga manggar! sila bersilat kalau mahu..
owh tidak lupa juga bunga seperti di bawah ni


memang confirm rasa nak berkebun selepas habis majlis..
if rasa tak sesuai,mungkin di bawah ni lebih comel
ini memang paling sesuai..
congratulation stand ni selalu kita nampak di majlis-majlis perasmian..
memang cantik dan menyerlah..


so dah ada keputusan bukan?

p/s:kepada kamu, kamu dan kamu, goodluck test besok!maklumlah budak sekolah, banyak test-test dan exam-exam yang perlu ditempuh.
double p/s: kepada kamu, sila top up okey. i memang tak boleh cakap dua patah harakat..tak digalakkan.
triple p/s: dan kamu juga, selamat belated hari jadi ya..mesti kamu ingat saya nak kenakan kamu kan..kamu silap ya..rugi..offer saya valid sehari sahaja..awwww




Thursday, October 15, 2009

Gomen Oh Gomen. Bila lah nak berubah.

apa eh yang orang selalu cakap pasal pegawai kerajaan?
yang menyebabkan orang mengeluh bila melibatkan hal-hal government.
yang diarahkan berjumpa orang di sana dan di sini, ditolak dan digolek, diambil mudah dan dipandang ringan.
since aku dah bergelar pegawai kerajaan sekarang, aku mempunyai tanggapan lain. pegawai kerajaan sekarang amat lah tekun amanah dan istikomah. semua kerja dilakukan dengan rela hati, bersungguh-sungguh dan ikhlas.
ok boleh bunuh aku sekarang. sebab aku nak tarik balik pujian palsu diatas.

menyampah ok.
memang rasa nak penampar.
kau ingat hospital tu kecik. orang ni suruh jumpa orang tu, orang tu pass kan orang ni.
kau kalau pemalas sila lah mengaku.
cakap je,
"cik,saya ni pemalas gila. sebenarnya saya boleh uruskan hal tersebut, cuma saya pemalas nak mampus. siapa yang nak tolong makankan saki baki kuih raya ni kalau saya tolong settle kan hal cik. memang tugas saya pun sebenarnya cuma saya malas la. awak faham tak? bukan saya seorang je yang malas. kawan saya ni, puan Emon, puan Temon, puan Peon semua sama je macam saya. ketua saya pun sama malas. so pendek kata kami semua malas. saya sengaja suruh awak ke sana ke situ dan ke sini, pass ke orang-orang lain dulu supaya awak lama sikit pusing-pusing before datang balik pada saya. so sempat la saya habiskan dulu kuih raya saya ni sambil buat ketupat palas."

ok serius panjang tapi at least kalau kau jawab macam tu, aku takda la rasa marah sampai nak maki hamun dalam hati. sebab kau dah berterus terang.
ok dalam hati je lah. kalau luar hati boleh diambil tindakan tegas.
macam sampah kan?
ye memang macam sampah. (sendiri jawab)


entah bila lah boleh settle.
malasnya nak pergi jumpa orang-orang pemalas ni.
ops. dah jangkit ke? harap tidak.


Tuesday, October 13, 2009

So what?

artis yang buat aku tangkap leleh. =p

faizal tahir. lantaklah orang nak kata dia sombong ke hapa, yang aku tau, dia memang penghibur yang mantap. suara mungkin lah tak sepower guy sebastian, tapi tu tak penting. yang penting dia pandai bawak lagu. semua lagu dia femes. memang i respek habis sama you pejal tahir.

fazura. owh dia memang seksi, memang liar, memang cantik. so what? yang penting dia tak hipokrit macam artis suara itik tu. poodah.

tomok. haha. tau sengal. ni baru suka since dia masuk pentandingan nanyi yang menang tuh. aku memang vote ok. tak malu nak ngaku. biarpun gayanya tak boleh blah, so what? yang penting dia tau improve diri dia and dia sedar diri. bukan macam artis lain, nyanyi tah kemana, tayang body lebih lepastu salahkan media sebarkan gossip pasal dorang. nak mampus? dan aku tak vote dia sebab rupa ok. tolong sikit. siapa cakap dia hensem? sila pakai spek.


black. yeah. walaupun rupamu tak dipandang, tetapi bakat mu memang menjadi igauan. time kau ditampar dan dirotan mas idayu lah buatku jatuh hati. tak pernah aku tengok budak lelaki yang letak egonya second place macam kau black. cayalah. gua memang support lu always.


jaclyn. ini memang sepanjang zaman punya feberet. selagi tak muncul artis baru yang boleh lawan dia nyanyi sambil letak mic kat kening, jac memang my no 1. yang lain sila jangan cuba tarik panjang-panjang. sumbang ok. please join amy mastura dan erra fazura tu. dorang tau limit dorang. sebabtu semua lagu catchy je. senyum, goyang-goyang sikit, dapatla jual album sikit-sikit. yang penting cuba kan.


busan nih. mendatar nya life aku. nak ombak sikit boleh?
plus, penat nya kerja. nak resign please.
nak makan gaji buta boleh?
boleh la.


Saturday, October 10, 2009

Hari ini hari kau. Besok hari ahad.

ops sudah lame tidak mengepost. laptop problem. T__T
not the laptop lah sebenarnya but the wayar bateri etc. dah dua kali tukar. so ini entah pentanda ke hapa saja buat tak paham dan tak nak paham. belum sanggup nak spend duit sendiri untuk laptop camera handphone ipod mp3 mp4 mp6 etc. suka tapi pendam or suka tapi tahan. wah nafsu terkawal. heee

since dua minggu lepas, asyik masyik bergoogle maps.
tu jelah kerja since patient tak ramai. nak pergi petrol pump yang terdekat pun google dulu.
nak pergi jelatek yang sebenarnya 15minit dari situ pun google lagi.
nak pergi bank islam yang tak perlu belok mana-mana simpang pun still nak google.
sebab yakin amat google maps tu terkini. sangat lah yakin yang satellite view tu memang direct lah dari satellite.
until lah one day tu pergi layan maps lagi (like OMG get a life), tengok-tengok kawasan sekitar HKL then tiba-tiba ternampak eye on malaysia kat titiwangsa. CIS lah kan. tertipu. bila pulak roda besar tu dipasang balik. T__T

oh lupa nak bagitahu, ni entry secara random. tiada apa yang nak dicarutkan.
mood so far dalam keadaan sihat walafiat.

dan entah kenapa risau amat bila memikirkan hari konvo. risau sebab tak berapa pandang hari tersebut. rasa seperti hari-hari biasa.
dan risau itu juga sebab tengok kawan-kawan yang exited sehingga tempah baju yang vogue gempak, upah photographer, mintak cuti sudah, plan hari turun KL etc. risau lah aku. kenapa aku cool je nih.
bak kata hanis, jakun sikit itu penting. ya i need to feel jakun lah. baru life seronok. kenapa lah emosi mendatar je. emotionless betul.
tapi tengok drama melayu boleh pulak termenitik. ops kantoi lemah. ni nak mengaku je lah, kelemahan utama adalah melihat orang menangis confirm turut serta. tak perlu undangan khas, memang rela hati lah join. oh how i hate this so much.
so jangan berani tanya lah kalau tengok cerita hisdustan macammana. tak sanggup share disini T__T





Thursday, October 8, 2009

Soalan pelik???

Berikut adalah sedutan perbualan diantara seloka dan lara yang sedang melepak di Dominos Pizza selepas waktu kerja.


"aku nak tanya ni kau jangan terkejut ye."

"oh.ok.apa dia?"
(suspend gila + pikir bukan-bukan)

"emm..kat sini ada surau tak?"

*blur* "apa?"
(tak percaya + takut salah dengar)

"hahaha"
(tersipu-sipu + cover malu)

Buat kali pertama daku diajak ke surau semenjak kami berkawan 4tahun ni.
Ternyata ujian dan dugaan buat manusia kembali kepada tuhannya. ;))





Sunday, October 4, 2009

Report

hidup dah lama tak terjebak dengan report. kira lamalah berbanding zaman belajar dulu.
seminggu pun boleh menjangkau 3-4 report. memang rindu. wtf.

so tanpa dipinta, hati meronta-ronta nak mereport hasil oncall methadone 2 hari yang digeruni.

status: success
masalah: record tak telly. mati. tunggu lah dapat panggilan gerun atau tidak besok hari.
perasaan: happy.tak sangka happy. bukan sebab jumpa pesakit yang lalok tetapi sebab pergi kerja jalan tak jammed.
pengalaman: berharga. pesakit berperangai tertib walaupun terdapat beberapa yang dipercayai sedang lalok. fuhh.
pengajaran: hidup kadang-kadang indah.


Yang mereport,
Pegawai gelabah.

Saturday, October 3, 2009

Surviving skill

kau kalau nak memandu kereta di KL, perlu penuhkan dada dengan ilmu-ilmu sampingan.
kalau harap lulus test JPJ, sila jangan cuba berani bawak kereta masuk KL.
bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menyusahkan orang lain.
memang menyusahkan orang lain.
kalau mengamalkan teknik pemanduan berhemat 20km/J, sila pandu di lorong jalan kaki lah. ini lah punca KL jammed. pemanduan lembap bagaikan pemandunya sedang ber*men. matilah.
if kau memandu dan suddenly berjumpa jalan yang ada 3 lorong, sila pilih lorong yang terpanjang (banyak kereta).
jangan tertipu dengan lorong berkereta sedikit kerana kami pemandu tegar tahu lorong itulah yang mengambil masa 2x ganda untuk gerak.
kalau kau nak cepat sampai ke lokasi, sila jangan follow belakang teksi yang membawa penumpang. confirm lambat sampai kerana mereka mengamalkan teknik bawak-slow-untuk mengaut-untung-lebih yang diamalkan pemandu-pemandu teksi kini. if teksi kosong kau boleh follow belakang.
if kau taknak kereta lorong sebelah potong kereta kau dalam jammed, sila follow kereta depan rapat maut punya. biar hampir cium bontot kereta dia asal kau tak sakit hati asyik kena celah dengan kereta lorong sebelah.
kalau kau kena himpit secara tiba-tiba dari kereta lorong sebelah, kau diamkan je. ini survival skill. jangan nak maki-maki atau cuba mengangkat isyarat-isyarat marah. ini bukan luar negara. jari tengah boleh digunakan secara berleluasa. di KL isyarat marah tidak memberi faedah malam memakan diri. KL kaya dengan samseng. kalau taknak mati,sila senyum lebar bila rasa nak marah. confirm hidup lama.
kalau kau hebat, kau himpit pulak kereta lain. kalau tak hebat, jangan mimpi! menyusahkan pemandu lain je kalau terhegeh-hegeh nak potong, pulak tu lembap nak mampus nak masuk lorong lain. menyusahkan! sila belajar himpit dulu di area tak busy serta di kawasan pemandu kereta penuh berkhemah seperti di bangi, sungai petani dan kuantan.
kalau nak cucuk kereta yang lembap, make sure kereta kau lebih canggih daripada kereta tersebut. kalau tak, dia akan tunjuk power dan kau yang malu di akhir cerita. sebagai penyelesaian, kau potong kereta power yang lembap itu mengikut teknik yang kau mampu. kalau tak mampu, duduk diam-diam belakang kereta dia.
kalau kau memandu di waktu malam, sila pasang lampu kereta, kalau tak kau di anggap sedang beraksi lucah dan boleh mengudang keinginan kereta lain untuk cuba mengintai. ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.
kalau kau terjumpa road block, sila bukak cermin kereta dan lampu siap-siap. polis pasti tak bertanya lebih lanjut. selepas terlepas dari sekatan tersebut, make sure kau bagi isyarat lampu kepada kereta lorong sebelah(bertentangan). tolong menolong mengurangkan saman.

Selamat memandu.

Thursday, October 1, 2009

Serabut-ness

ok.hidup memang maha serabut sekarang.
entah apa punca.
serabut gila.

oh aku tau. sebab asyik tangguh kerja agaknya.
T__T

malas ok. malas dan tak tersusun. tapi kalau tersusun, aku jadi stress. aih susah-susah.
banyak betul alasan. memang mengamalkan dasar memberi alasan.

-mintak off half day selasa untuk settle bank-matters
-print bil dan bayar yuran konvo (SELASA?)
-bayar duit abang (KIV)
-transfer duit pada adik (kakak contoh bagai) (SELASA?)
-bagi duit kat mak (dah cakap kenalah tepati)
-mintak surat pengesahan jawatan (RABU)
-ambil slip gaji (ISNIN)
-tuntut surat #%$ (tak ingat nama surat) untuk buat physiotherapy next week (ye aku dah kategori lemah upaya lately ni) (RABU)
-confirm dengan perkhidmatan cuti konvo berekod atau tidak (RABU)
-recall calculation methadone *OMG*
-settle kan kereta (jenama and model pun belum ada pilihan.mampus ah) POSPONE sehingga ada masa free
-ajar kawan,kawan dan kawan cara merekod mata CPE (kena ajar sebelum lupa. dasar memory second hand)
- daftar nama untuk forensic exam 9 november
- hantar punch kad bulan september
-isi borang jubah konvo (tak jumpa borangnya lah.hampes)
-sahkan pengesahan kehadiran konvo online dan print borang
-lengkapkan bancian kajian merepekan yang ditinggalkan separuhan jalan (benci nak mampus menatang tak befaedah ni)
-settle kan buku rekod oncall (kalau tak macam mane kau nak mintak off.pengsan) (SELASA?)
-rekod methadone oncall dalam buku rekod oncall (SELASA?)
- daftar diri untuk exam 9 november
-belajar keluar masuk ward supply sebelum 15hb. OMG oncall benci.
-rsvp open house jumaat
-mintak cuti konvo/cuti rehat melepak bersama kawan. oh ini penting.


baaanyak lagi tetapi serabut. ni dah tulis half baru lega separuh hati.
lega sebab tau punca serabut je
so bila pulak nak selesaikan punca-punca serabut nih?